Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) baru-baru ini memperkenalkan penjenamaan semula logo parti itu. Menurut MUDA, huruf ‘D’ disertakan dengan tiga garis melambangkan proses demokratik dan hak rakyat untuk memilih. Tambah kenyataan parti berkenaan, itu merupakan komitmen Muda terhadap hak setiap warganegara menyuarakan pandangan dan memainkan peranan dalam proses politik negara. Selain itu, warna kuning pula melambangkan harapan yang tidak padam manakala warna hitam mencerminkan kekuatan Muda dalam menghadapi cabaran serta rintangan. Kalau diteliti, MUDA cuba untuk memperbaharui imej dan menarik lebih ramai penyokong menerusi pengenalan logo baharu. Namun dalam konteks politik Malaysia yang semakin kompetitif, logo baharu sebenarnya tidak boleh menjadi fokus utama, sebaliknya perlu memperkasakan strategi dan menawarkan dasar lebih kukuh bagi menyaingi parti-parti lain. SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/692098/berita/politik/muda-fest-simbolik-generasi-muda-bangkit-tolak