Skip to main content

MUDA Berisiko Kepada Parti Lain


Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang sebelum ini dipimpin oleh ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berdepan cabaran besar dalam menghadapi landskap politik Malaysia tahun ini.

MUDA membuka tirai 2024 dengan tiada lagi pengumuman individu yang bakal menggantikan Syed Saddiq sebagai Presiden parti.

Meskipun Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Amira Aisya Aziz memegang jawatan pemangku Presiden parti ketika ini, namun MUDA seharusnya perlu mempunyai individu yang berkaliber bagi memimpin mereka.

Situasi ini menimbulkan persoalan tentang keberkesanan dan kemampuan MUDA untuk berdiri sebagai sebuah entiti politik yang berpengaruh dalam arena politik negara.

Sudah tentu, masa depan MUDA akan terus menjadi tanda tanya tanpa kepimpinan Syed Saddiq dan langkah mereka untuk merencana strategi supaya terus relevan sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga hingga empat tahun lagi.
Penyatuan MUDA dengan parti-parti besar seperti Pakatan Harapan (PH) hadir dengan risiko.

PH sebagai sebuah gabungan politik yang sudah mampan, berkemungkinan bakal berdepan cabaran dalam mengintegrasikan MUDA yang memiliki idealisme dan demografi pengundi berbeza.

Kehadiran MUDA dalam gabungan tersebut boleh mengundang konflik ideologi, pengurusan pelbagai kepentingan selain akan menyebabkan ketidakstabilan terhadap struktur kepimpinan.

Selain itu, integrasi MUDA ke dalam PH mungkin memerlukan rundingan semula perjanjian dan pemahaman bersama tentang hala tuju serta strategi politik yang boleh menjejaskan dinamik dan integriti gabungan itu secara keseluruhan.

Adakah PH sanggup mengambil risiko berkenaan sekali lagi dan bagaimana MUDA akan menyesuaikan diri dengan gabungan tersebut selepas ketiadaan Syed Saddiq?
MUDA sebelum ini berusaha untuk membentuk identiti politik yang unik dengan mengambil tindakan keluar daripada blok kerajaan.

Langkah itu diambil sebagai satu tindakan yang disifatkan oleh mereka untuk menegakkan prinsip serta idealisme parti MUDA.

Namun, keputusan itu tidak mendapat sokongan seperti diharapkan kerana MUDA telah mengganggu usaha kestabilan yang cuba dibawa oleh kerajaan selain memberi impak negatif kepada pembuatan dasar negara.

Keputusan kes mahkamah melibatkan penyalahgunaan dana politik oleh Syed Saddiq turut mengundang kritikan banyak pihak yang menganggap prinsip dan idealisme MUDA hanya palsu semata-mata.

Selain itu, langkah MUDA untuk keluar daripada blok kerajaan disifatkan kurang tepat kerana parti itu masih belum cukup matang dan berpengalaman dalam menongkah arus politik tanpa sokongan daripada parti-parti yang lebih besar serta stabil.
Parti MUDA yang cuba bergerak secara solo menghadapi kesukaran yang ketara khususnya dalam cubaan mereka untuk menarik sokongan ramai.

Perkara itu terbukti menerusi keputusan kurang memberangsangkan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 2022 dan Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri pada 2023.

Statistik sokongan MUDA dalam kedua-dua pilihan raya menunjukkan tanpa sokongan serta pakatan dengan parti-parti utama, mereka sukar mendapatkan pengiktirafan dan sokongan yang mencukupi daripada para pengundi.

Realitinya, sebuah parti kecil seperti MUDA memerlukan lebih daripada sekadar idealisme untuk terus bertahan dalam politik Malaysia yang kompleks dan berbilang kaum.

Sama ada penyatuan atau terus bergerak solo, MUDA tentunya harus perlu melalui liku-liku politik yang sukar kelak.
Tuntasnya, kemampanan MUDA dalam arena politik Malaysia merupakan satu cabaran buat mereka untuk merencana strategi terutamanya dalam soal pakatan politiknya.

Walaupun wujud kemungkinan untuk bergabung dengan parti-parti besar, langkah tersebut tidak terlepas daripada risiko kepada gabungan parti lain seperti PH.

MUDA seperti parti politik kecil lain, harus mengambil langkah berani untuk stabil dan relevan seiring dengan aspirasi rakyat khususnya pengundi sasaran mereka.

Namun untuk mengambil langkah yang berani, banyak penilaian perlu dilakukan dengan mengambil kira pelbagai faktor.

Selain itu, MUDA perlu berfikir sejenak dan merenung kembali kesilapan lama mereka serta mencari kekurangan parti itu bagi menarik sokongan orang ramai.

Buat masa ini, satu-satunya langkah yang baik untuk MUDA adalah menjalinkan kerjasama dengan parti lain namun persoalan kekal timbul tentang impak positif boleh dibawa oleh mereka kepada gabungan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...